Allah's
Tiada Cinta Sebelum Kahwin!
Thursday, 25 July 2013 | 00:35 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Assalammualaikum sahabat. Ucapkanlah Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga ALLAH merahmati kita semua.

"Tiada Cinta Sebelum Kahwin..."
Ya sahabat, tiada cinta sebelum kahwin. Apa itu? Maksud ayat disini tiada couple sebelum kahwin. Apa itu couple? Jalinan cinta antara anta dan anti tetapi tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah! Astaghfirullah. Perkara inilah yang sering terjadi dan berlaku pada masakini. Mengapa? Bukankah ALLAH telah menentukan siapa jodoh kita. Hee, semoga kita bakal temui jodoh kita. Baiklah, mari bersama-sama kita baca blog ana ni. Moga ia memberi manfaat kepada sahabat dan diri ana juga :-)

Buat peringatan semua:- "Dan janganlah kamu hampiri Zina..."
ALLAH tak kata jangan berbuat zina, tetapi ALLAH kata janganlah kamu HAMPIRI zina. Ini bermakna, awal-awal lagi ALLAH dah beri peringatan bahwa janganlah kita HAMPIRI zina, apatah lagi jika kita buat atau lakukan zina? Astaghfirullahal adzim! Janganlah kita cabar kekuasaan ALLAH. Dia berhak keatas semua hambaNya dimuka bumi ini. Ingat ya sahabat, Janganlah Kita Hampiri Zina.
Here We Go:-
Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri,
Menepis dugaan cinta LELAKI, 
 Melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri.

Cinta yang berputik dari lubuk hati itu adalah satu fitrah manusia. Tiada sesiapa pun mampu lari daripada perasaan ini. Namun, apabila ia disusuli oleh tindak-tanduk yang tidak diredhai ALLAH, maka ia akan bertukar menjadi fitnah. ALLAH swt memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa ana dan sahabat semua menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Ana dan sahabat semua kena menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis sabda Rasulullah saw:

من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد
yang bermaksud:- "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang SYAHID."

(Hadis Riwayat Hakim, Ibn Dailami, dan lain-lain)


Dalam riwayat lain pula maksudnya:
"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang SYAHID."

Wah! Dikatakan mati syahid dengan hanya menyembunyikan sesuatu rasa terhadap seseorang insan. Hebat bukan? Jadi, ayuhlah tanam dalam diri mahupun hati, bahawa kita mahu menyembunyi perasaan ini dan biarlah hanya ALLAH yang tahu. Tak perlulah kita nak kecoh-kecoh, kepoh-kepoh, dan heboh-heboh dekat orang yang kita sedang menaruh perasaan terhadap seseorang. Bukankah kita sudah ketahui bahawa, Jodoh Itu Rahsia ALLAH? Ya ianya Rahsia ALLAH yang tiada seorang pun dapat ketahuinya. Biarlah ia menjadi satu rahsia dan cukuplah sekadar kita menanti dan terus menanti tambahlah juga dengan doa kepadaNya agar diberikan jodoh yang baik, soleh dan solehah. In shaa ALLAH!

"Aku nekad selagi belum bersedia bergelar isteri tak akan sekali-kali kuserahkan hati ini kepada seorang lelaki pun. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku!"
 (Petikan kata daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Ya! Ana tekad dan tidak mahu terjebak atau terjerumus dalam kancah cinta palsu. Saranan doa ajaran Rasulullah saw bakalku abdikan dalam sujudku:-

ربنا هب لنا من ازواجنا وذريتنا قرة اعين واجعلنا للمتقين امام
yang bermaksud:- " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa."

(Surah Al-Furqan 25: 74)


Bersamalah kita cuba praktikkan doa ini didalam sujud kita. In shaa ALLAH, dengan izinNya pasti kita boleh perolehi jodoh yang baik juga yang soleh dan solehah. Amin.

Baiklah, disini ana ingin menyenaraikan beberapa mengenai "Bahaya Cinta Sebelum Kahwin", harap kita boleh mengambil nota dan iktibar ataupun pengajaran buat kehidupan kita. Here we go, antaranya ialah:-
  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi Syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku terhadapNya.
  • Hati akan tersiksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan Syaitan.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
  • Jiwa terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
  • JIKA AKU DAN DIA BERJAYA MELANGKAH KE ALAM RUMAH TANGGA NESCAYA IA TERBINA ATAS DASAR MAKSIAT, YANG MENGUNDANG PADAH KEPADA PERIBADI ZURIA KAMI PASTINYA!
NAUZUBILLAH!!!

 (Petikan daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin)


Fahamilah ia sedalam-dalamnya ya Akhi ya Ukhti sekalian. Bahana couple itu jelas ana catatkan disitu. Kuatkanlah kecintaan kita kepadaNya terlebih dahulu. Tak perlulah ya Akhi ya Ukhti sekalian bimbang jika "single" nanti dikatakan "tak laku" bagai. Malah, beritahu mereka, "Aku single kerana aku Limited Edition dan kerana aku yakin bahwa Jodoh itu rahsia ALLAH." In shaa ALLAH.

Baiklah, disini ana ingin mencatatkan juga beberapa "Tips Menepis Cinta Remaja" dan dengan izinNya dapatlah kita semua mengamalkan tips ini. Here we go, antaranya ialah:-
  1. Tegas dengan prinsip hidup.
  2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
  3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh/solehah.
  4. Mengekang hawa nafsu.
  5. Mendekati majlis ilmu.
  6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.
  7. Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan.
In shaa ALLAH, kita boleh lakukan ia bersama. Usahalah untuk mengecapi sesuatu itu. Jika ia memberi kebaikan, percayalah kita tak akan rugi. Kita cubalah bersama, kuatkan kecintaan kita kepadaNya, itu paling penting. Kita perlu cari redha ALLAH jadi janganlah kita melakukan perkara yang Dia tidak redha atau tidak suka. Kelak binasa, padah sekali!

"Bahana Cinta" - Seorang penyair Arab berkata:-
Cinta merupakan anugerah takdir, Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang, Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya, Tergelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi..

Fahamilah apa yang hendak disampaikan oleh penyair Arab ini. Dan, sebelum itu buat Akhi atau Anta sekalian, disini ada satu hadis menerangkan kriteria calon pasangan, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:- 

تنكح المرأة لاربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

yang bermaksud:- "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu."




Ini sahaja yang mampu ana berkongsi buat antum dan antunna semua. Harapan ana, agar ia memberi kita suatu perubahan dalam diri kita. Ingatlah, kejarlah cinta hakiki terlebih dahulu. Tak perlulah sibuk mencari cinta yang belum tentu kita boleh miliki. Percayalah! Yakinlah! Jodoh itu ada, ianya rahsia ALLAH. Ingatlah, ianya rahsia ALLAH. Jodohmu telahpun ditetapkan oleh ALLAH, jangan risau. Akhir kata, segala yang baik semuanya datang daripada ALLAH dan yang buruk semua daripada diri ana sendiri.

Owner
Assalammualaikum. AllahummasollialaMuhammad.
Hidup ini lebih bererti jika setiap harimu mengingati mati.

Navigations Here

Profile
Friends
Entries

Message.


Status
Plan For Your Akhirat Carefully, You Are Going To Spend The Rest Of Your Life There. Marry Someone Who Will Promise To Wake You Up For Fajr.

Credits
Basecode : Farhan
Full Edited : Sakura
Doodle : Rika
Best Viewed : Chrome