Allah's
Ramadhan! Ramadhan! Ramadhan!
Saturday, 13 July 2013 | 07:36 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..


Assalammualaikum. Wah, alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk Ramadhan yang ke-empat. Bersyukurlah kita ke hadrat Ilahi kerana masih mempertemukan kita dengan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Jadi, perbanyakkanlah amal ibadah di sepanjang Ramadhan ini kerana belum tentu kita dapat berada dibulan yang mulia ini ditahun hadapan. Sama-samalah kita jangan mempersia-siakan bulan barakah ini.

Bulan Ramadhan ini adalah dimana bulan yang dikatakan lebih baik daripada 1000 bulan. Kerana itu, ia bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan Ramadhan juga tertutupnya semua pintu-pintu Neraka dan dibuka semua pintu-pintu Syurga dan dalam bulan Ramadhan sahaja ada solat sunat tarawikh. Selain itu, satu lagi kelebihan bulan Ramadhan ini, syaitan-syaitan semua telah digari oleh ALLAH. Wah! Beruntungnya kita sahabat? Jadi, kita sama-samalah lakukan banyak amal yang baik dan elakkan daripada melakukan kemungkaran. Bulan Ramadhan sekali saja dalam setahun. Rugi sekali jika kita mempersiakannya!

Rasulullah SAW pernah bersabda, 
"bulan sya'aban itu bulanku dan bulan ramadhan itu bulan umatku."
Jelaslah disini bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan dimana kita sebagai hambaNya untuk memperhambakan diri kepadaNya dan bukannya berfoya-foya dengan dunia yang hanya sementara ini. Beramal kepadaNya, kita tak akan rugi. Jangan kita membuang masa dengan melayani karenah nafsu. Jika kita ikutkan nafsu takut kelak binasa tubuh kita. Segeralah kita bangkit dan bangun daripada terus berada didunia khayalan.

Ini sahaja yang mampu ana berkongsi. Jika ada salah dan silap mohon tegurlah ana. Selebihnya, segala yang baik datang daripada ALLAH dan yang buruk daripada ana sendiri. Mohon undur, Assalammualaikum.


★
Owner
Assalammualaikum. AllahummasollialaMuhammad.
Hidup ini lebih bererti jika setiap harimu mengingati mati.

Navigations Here

Profile
Friends
Entries

Message.


Status
Plan For Your Akhirat Carefully, You Are Going To Spend The Rest Of Your Life There. Marry Someone Who Will Promise To Wake You Up For Fajr.

Credits
Basecode : Farhan
Full Edited : Sakura
Doodle : Rika
Best Viewed : Chrome