Keep Calm because ALLAH always with US!
Sunday, 14 July 2013 | 06:59 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Assalammualaikum sahabat sekalian. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dilaman blog ana ini, hehe. Apa khabar semua? Ana doakan semoga semua dalam keadaan sihat wal'afiat. Amin. Sebelum itu, marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang untuk kita hidup dimuka bumi ini dan masih boleh melakukan amal ibadah kepadaNya. Wah! Beruntung sangat kita ni yang dilahirkan dalam keadaan Islam. Kita ni antara yang dipilih oleh ALLAH, jadi belajarlah untuk bersyukur dan janganlah sesekali kita melupakanNya.
Baiklah. Apa yang hendak ana kongsikan pada hari ini? Hmm, pasti sahabat semua tertanya-tanya. Hari ini ana cuma mahu bercakap mengenai, "Bersabar kerana ALLAH sentiasa bersama KITA", haa, tapi ini yang sudah diterjemahkan kalau yang asal, "Keep Calm because ALLAH always with US", hehe. Sama sahaja, Melayu atau English yang penting maksudnya sama, kan? Baiklah, apa yang cuba disampaikan dengan ayat itu agaknya? Sahabat rasa apa? Emmm, disini ana mahu membuat sedikit definisi tersendiri mengenai maksud ayat di atas. Apa yang ana boleh definisikan disini, ayat itu cuba memberitahu kepada kita seluruh Umat Islam dimuka bumi ini bahawa sentiasalah bersabar walau apa jua pun yang menimpa, terjadi mahupun berlaku ke atas kita, kita haruslah yakin dan sabar kerana ALLAH akan sentiasa bersama kita dan ALLAH itu sentiasa ada dan bersama-sama dengan orang yang bersabar. Haa, sahabat rasa, sahabat setuju tak dengan definisi ana ini? Tak apalah, sahabat semua boleh juga membuat definisi tersendiri macam ana, tetapi sengaja ana mahu berkongsi dilaman blog ini daripada tidak berbuat apa-apa. Hehe.
Harapan ana, ana harap sahabat semua sentiasalah bersabar dan terus bersabar walaupun sahabat ditimpa pelbagai musibah. Sesungguhnya, yakinlah bahawa ALLAH itu tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya. Dan kita haruslah yakini ALLAH seyakin-yakinnya bahawa Dia sentiasa ada buat kita dan tak pernah jauh daripada kita melainkan kita sendiri menjauhkan diri daripadaNya. Ingatlah, ALLAH itu sentiasa juga memerhatikan kita maka jagalah tiap tingkah laku kita sepanjang hidup dimuka bumi, hai maklumlah, kita semua ni hanya menumpang saja, semua yang kita miliki adalah milikNya bukan milik kita dan tiada satu pun didunia ini milik kita semuanya milik ALLAH. Selain itu, ALLAH juga maha mendengar jadi jika ditimpa musibah, berdoa dan mengadulah kepadaNya. Sesungguhnya tidak tertolak doa seseorang hamba itu melainkan dia berkata ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA DOAKU. Jadi, berhati-hatilah bila berkata-kata ya sahabat?
Hmm, mungkin ini sahaja untuk hari ini. In shaa ALLAH, jika ada kelapangan ana akan berkongsi dan terus berkongsi. Sebelum itu, ana mahu memohon maaf andai ada salah dan silap ana. Mohon tegurlah ana agar ana bisa memperbaiki diri ana dari semasa ke semasa. Akhir kata, yang baik semua daripadaNya dan yang buruk daripada diri ana sendiri. Assalammualaikum wbt.



